Wednesday 3 September 2014

#Cabaran30hari - Hari ketiga (backdated)

Cabaran hari ketiga : Apa yang menguatkan saya


apa yang menguatkan saya... perjalanan hidup saya bukan mudah... bermula dari bawah dan alhamdullilah berjaya berada dimana saya berada sekarang dan saya selalu letakkan itu sebagai rezeki ibu saya yang bersusah payah memastikan saya menghabiskan pengajian di Universiti..

setiap ujian yang datang itu lah penguat.. apa juga dugaan yang datang jangn pernaah menyerah dan jangan hanya berserah... doa dan usaha kunci kekuatan...

1. Allah... selalu yakin bahawa Allah selalu ada.. setiap ujian yang diberi pasti dilampirkan bersama jalan keluarnya.. bagaimana nk cari jalan keluarnya?? melalui doa..sabar.. dan usaha.. Doa adalah senjata orang mukmin.. jadi doalah penguat utama dalam meneruskan jalan cerita hidup yang kita tak mampu nak bayangkan..

2. suami... pendorong dalam caranya sendiri.. :) .... dan i like it... :) ...

3. Ibu .... mak la penguat.... bagi memastikan sumber rezeki emak tidak putus (pekerjaan saya sekarang)..  mengigatkan saya bahawa supaya sentiasa jauhkan diri dari rasuah dan meletakkan integriti sebagai tiang utama sebagai penjawat awam.. bukan senang nk dapat kerja... kena buang sapa nk bg mak makan...

4.  Harta paling berharga...adalah sahabat.. alhamdullilah kerana Allah memberikan saya sahabat sahabat sejati yang selalu ada di masa jatuh dan bangun.. yang tak pernah jemu meminjamkan telinga dan bahu bila diperlukan.. yang tak pernah merungut bila diperlukan pertolongan....

CABARAN HARI PERTAMA 

CABARAN HARI KEDUA 

No comments:

Post a Comment

Search This Blog