Monday 18 August 2014

Daging Kambing masak hitam




hemm yummm yum.... daging kambing masak hitam... setelah berhenti mengamalkan diet atkins.. aku mula dengan pemakanan seimbang.. daging ni aku combine dengan nasi putih panas.. sedap.. tapi jangan banyak.. follow tip kevin zahri .. nasi segenggam sahaja bersamaan dengan 1 senduk... 

kalau ikut pemakanan mengikut darah B aku.. daging kambing dapat membantu proses penurunan berat badan.. HUH?? pelik?? he he he jangan pelik.. yer betul ada teori mengatakan kambing tinggi kolestrol kan.. dan boleh ker turun berat.. HA// kena baca tentang pemakanan mengikut darah.. 

boleh baca di sini.. DR LAM BLOOD TYPE DIET 

aku gunakan blOod type diet sebagai panduan dan masih mengekalkan pemakanan mengikut piramid makanan.. so adil kan.. :) 

oke jom meh nk kongsi resepi daging masak hitam ni.. :)





200 kalori

bahan-bahan

daging kambing 

minyak zaitun

bawang putih 
bawang merah
rempah kari daging
buah pelaga
jintan manis
kicap manis
sos tiram
garam

cara memasak

panasakan kuali dan minyak zaitun.. tumiskan bawang bersama buah pelaga dan jintan manis.. tumis sampai naik bau.. serbuk kari daging.. masukkan sedikit air. air jangan banyak sgt jika suka kuah banyak letak la lebih.. masukkan sos tiram dan kicap manis serta garam.. biarkan daging masak.. dah siap dihidang....  so total kalori 200 kalau campur nasi putih segemgam dalam 150 kalori.. 

jadi total makan bersama nasi 350 kalori.. 

kalau joging petang dah lepas dah nak bakar ni.. :)
xoxo: senang jerr.. :)





atkins diet vs permakanan seimbang

bermula 12 ogos aku telah memulakan diet dalam usaha nak menurunkan berat badan.. target 55kg sebelum 31 disember 2014. target yang diberikan encik suami (phewww fengsan)..

aku bermula dengan mengamalkan diet atkins..  low carb diet.//// banyak minta advise dari sahabat yang seorang personal fitness trainner dan juga nasihat dari pakar nutrisi kementerian Kesihatan.. mereka sangat tidak menggalakkan atkins diet atas beberapa alasan.. antaranya.. diet tersbut akan force penggunaan fungsi buang pingang dan it is not a healthy diet..

tapi biasala aku ni kan degil... keterujaan nak cepatkan turunkan berat buat aku nk juga teruskan diet atkins ku.. tambahan bila tgk org org yang dah berjaya kurus dengan cepat melalui diet ni buat aku makin bersemangat... aku ambil ukuran pada 12 ogos 2014 dengan berat 69.2 he he he berat tull.. aishhh.... hari pertama aku mulakan diet atkins ku.. mmg penuh kegigihan aku melawan hawa nafsu makan ni.. di tambah rencahnya dengan aktiviti berjoging setiap petang... well running mmg kesukaanku.. tp bila dah lama tinggai pace dia slow sikit la.. stamina dah kurang..

selepas 3 hari... aku ambil semula ukuran body composition analysis ku... sib baik free dan kt level bawah je pun.... senang nk pergi bila bila pun.. masa timbang.. wah teruja dalam 3 hari aku lost 1 kg. berat dari 69.2 kepada 68.2 ... wahhh... seronoknyerr..

TETAPI... hu hu..

keseronokan ku hanya sementara.. bila baca total analisa yang turun adalah air dan muscle bukannya lemak.. dan yng paling menyeramkan lemak naik lak tu,.. aishhh.. xleh jadi ni.... :(..

jadi nampak gayanya dit atkins tidak sesuai dengan aku dan membuktikan fakta pakar nutrisi bahawa diet atkins akan force buah pinggang.. mayb gak lerr.,sebab lepas diet air yang kurang dalam badan.. hem,,, faktor?? maaf la gagal aku huraikan sbb aku ni bukan paham sgt  bab -bab sains ni..

so hari keempat aku berkeputusan makan secar sihat.. mean aku akan follow piramid makanan tetapi dngan mengira mengambila kalori harian.. dan aku suitkan dngan makanan yang sesuai dengan jenis darah utk pastikan diet aku lebih berkesan.. menggunakan juga teori makan sikit tapi kerap.. hemm kan.... so perut akan sentiasa rasa kenyang... selepas 3 hari aku timbang semula.. dan YEY// masih juga turun lg 1 kg tinggal 67.2.. dan kali ni. lemak yng reduce.. yey.// capai matlamat..

jadi pengajarannya... sebelum berdiet pastikan cari diet yang sesuai dengan bdan.. jgn tgk org lain kurus kita main follow jer...

dan apa yang penting makan lah secara sihat... dan jangan memaksa diri berlapar... berdiet la secara bijak yer.. yang penting enjoy.. :) dan menikmati makanan sihat tersbut..

xoxo: diet ja x cukup kalau tidak bersenam sama juga nk kurus lambat..

Tuesday 12 August 2014

SENAMAN untuk perut



sumber : kevin zahari


Berdasarkan check up lemak dalam badan petang tadi lebihan lemak aku adalah pada perut dan lengan...hemm so rasanya senaman ni sesuai untuk aku...aishh tp bila.tgk mcm sakit ja nk mula he he he...

Tapi kalau x mula mcm mana nk tau boleh ke tak...

Chaiyok.. okes esok kita buat.. hari ni dah penat buat lompat bintang.. :).

Hari pertama: Lunch

percubaan hari pertama berjalan dengan baik.. telur cheese pagi tadi masih terasa memenuhi perut.. tetapi aku mengamalkan makan secara berjadual.. tepat jam 12.30 aku mengambil makanan tengahari..

untuk lunch aku ambil daging bakar dengan sos pedas nandos... maaf ler kalau rupa tidak cantik.. he he he en suami suka sgt  complain dengan prsentation masakan aku.. he he he.. xper janji sedap.. rupa x cantik tak perr kan.. :) 

Sos Nandos ni memang sedap .. aku beli ni di aeon big dengan harga rm7.90 jer.. sure terangkat la rasa dia.. :)

daging bakar diserikan dengan sup cendawan,, aku mmg suke benda bersup... aku gunakan cendawan tiram.. memang best la,,,, semua best la . rasanya ni la diet paling best,.. sambil berdiet sambil menikmati makanan kegemaran... siapa kata berdiet perlu menyiksa diri.. xperlu pun kan.. :) 

jom meh nk kongsi resepi.. 


Daging Bakar Sos Nandos

kalori: 263



bahan-bahan:

daging
sos nandos
garam
herba campuran 
minyak zaitun

cara masak dia sangat senang.. perapkan daging dengan herba dan sos nandos perapkan semalaman... kemudian bakar.. bakar gunakan minyak zaitun.. aku bakar guna kuali ajaib vantage...  dah masak curahkan sos nandos untuk rasa yang lebih KICK... sure la terangkat,,, yum yum.. sedap... :) 

boleh cube...senang sangat... 


Sup Cendawan 


kalori : 82

bahan bahan;

cendawan tiram
halia (diketuk)
bawang merah
bawang putih
minyak zaitun
serbuk pati ikan bilis
garam
air

cara masak:

panaskan minyak zaitun.. tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.. masukan air.. banyak mana ikut kesukaan.. masukan cendawan..halia.. serbuk pati ikan bilis dan garam (jangan banyak sangat sebab pati ikan bilis dan masin)... biarkan hingga mendidih,,. dah masak.. siap utk diratah... sedap... :)


total pengambilan kalori untuk lunch adalah 345 kalori... walaupun aku mengamalkan diet atkins tetapi aku lebih senang mengira kadar kalori supaya mudah aku nak pantau pembakaran bila aku bersenam.. walaupun bergitu aku masih mengambil menu yang rendah carbo dan selari dengan menu yang sesuai dengan jenis darah B. 




Monday 11 August 2014

BODY COMPOSITION ANALYSIS : 12 OGOS 2014

dah hampir 6 bulan berada disini baru sedar di level satu blok bangunan pejabat ada bahagian pemakanan yang menyediakan perkhidmatan body composition analysis..

BCA ni bukan hanya tgk berat jer...tp dia analyse semua benda...total.fat.. air.. mucsle.. target.. BMI.... lean balance...ish banyak la..so mudah.. so ini bacaan BCA aku untuk 12 ogos 2014













so untuk.permulaan..banyak benda perlu diusahakan...jangan HHCS mcm tag line en suami he he he.. :)

Hari pertama : sarapan

12/8/2014
time : 8.30 AM

okes hari ni hari pertama bermula diet sihat... mencuba diet Atkins yang low carb untuk permulaan... aku sesuaikan dengan pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah... bagi membantu proses penurunan badan yng lebih efektif..insyallah..


Jadi menu hari ni... untuk sarapan hari ni adalah telur dadar bercheese.... sedap ni... serius tak rasa berdiet.. rasa cheese dengan sausage beef...perghh sedap.. jom meh aku kongsi resepi ya..


Telur dadar bercheese





jumlah kalori : 601 kalori

jumlah Carb : 3.2


bahan-bahan

2 biji telur
1 slice cheese
1 pcs beef sausage
garam
lada benggala
Cendawan
Minyak zaitun


Cara masak:

goreng telur guna minyak zaitun.. letakan cheese kemudian tabur bahan-bahan lain atas telur.. lada benggala.. sosej dan cendawan.. alihkan dan siap...

Senang kan..dan rasa sedap...


so boleh cuba... :)

Kira Kalori (My diet Diary)

dalam usaha nk menurunkan berat badan.. satu benda yang aku belajar adalah.. mengira pengambilan kalori harian.

kenapa kira kalori penting.. supaya kita tak terover makan melebihi keperluan kalori harian...

Kalori ni penting sebagai sumber tenaga harian...jika kalori tidak digunapakai sebagai tenaga dia akan bertukar menjadi lemak.. tambahan kalau asyik makan makan makan dan makan.. aktiviti berpeluh x der...hemm

Ha!! Ini la punca bdan comel..montel dan kiut mcm aku sekrang ni...

kira kalori boleh bantu aku pantau pengambilan kalori harian... cara termudah adalah dengan donload ja App dalam google play or apple stor.. letak dalam phone so senang nk pntau dan update segala bagai.. senang..

App yang aku guna adalah My Diet Diary.. boleh dpat di googleplay... kalau apple store x sure la ade ke tidak..



ini la rupanya..

dalam ni senang boleh pantau pengambilan kalori.. pengambilan air.. senaman yang dibuat dia akan deducted jumlah kalori dibakar.. dan boleh update perkembangan berat juga...



setiap maklumat di masukan akan diberi rumusan.. (ni kosong sebab x update hari ni)... he he he..










mudah kan... yang penting kena rajin... dan mengira kalori ni mmg sgt membantu..

Million Mile begin With First Step..

Yes... betul.. kalau x mula kita tak akan tau.. hemmm...

ishh dari asyik skit mata memandang bentuk badan di cermin.. yes.. i need to do something... secara jujur aku memang belum lg menyentuh penimbang.,.. adoii takut ooo.. ha ha ha .

takut nk terima hakikat berat badang terkini.. kata orng lepas kahwin berat badan memang akan naik.. itu tanda bahagia namanya..

hemm... mmg la bahagia.. tp tgk bdan makin mengembang lama mana sgt nak bahagia..

tahun lepas aku sgt aktif dengan aktiviti sihat... dan alhamdullilah berjaya turun 5 kg dalam masa 4 bulan.. hemm penurunan yang agak lambat sebab aku tidak menjaga makan..

bila stop aktiviti sihat.. hemmm bdan kembali mengembang bagaikan di pam pam.. wahhhh bahagian betul kan.. :) ..

hasil dorongan encik suami yang memberikan aku target 55kg pada tarikh 31 disember 2014..

PHEWWWW!!! alamak boleh kah??? stresss..

but never give up.. anggap itu sebagai dorongan kasih sayang dari encik suami yerr... :) he he he ..

he advise me to have a balance diet.. kalau exersice jer .. x diet x der maknanya gak kan..

disarankan menyemak makanan yang sesuai dengan type darah.. hemmmm kan..

darah type B.. banyak benda yng boleh membantu proses penurunan berat badan..

so today.. aku survey dan mencuba korek ilmu diet atkins..

hemm mcm familiar.. sama mcm diet yng pernah aku amal masa program dengan slim world dulu.. yes mmg betul aku turun 8 kg itu pun tnpa exersice..


 cer bayangkan kalau .. aku amalkan diet atkins dan sesuaikan dengan pemakanan sesuai ikut jenis darah dan combine dengan aktiviti larian yang menjadi kegilaanku.. hemm insyaalllah kot boleh capai matlamat...


tak mula kita tak tau... tak buat kita tak tau result kan....

okeh jom mula...

permulaan pertama kena beranikan diri ke mesin penimbang//

ukur berat badan terkini.

he he he serammmmm!!!

x0x0 : i want the result ..en hubby punya tagline.. :)





Search This Blog