Monday 18 August 2014

Daging Kambing masak hitam




hemm yummm yum.... daging kambing masak hitam... setelah berhenti mengamalkan diet atkins.. aku mula dengan pemakanan seimbang.. daging ni aku combine dengan nasi putih panas.. sedap.. tapi jangan banyak.. follow tip kevin zahri .. nasi segenggam sahaja bersamaan dengan 1 senduk... 

kalau ikut pemakanan mengikut darah B aku.. daging kambing dapat membantu proses penurunan berat badan.. HUH?? pelik?? he he he jangan pelik.. yer betul ada teori mengatakan kambing tinggi kolestrol kan.. dan boleh ker turun berat.. HA// kena baca tentang pemakanan mengikut darah.. 

boleh baca di sini.. DR LAM BLOOD TYPE DIET 

aku gunakan blOod type diet sebagai panduan dan masih mengekalkan pemakanan mengikut piramid makanan.. so adil kan.. :) 

oke jom meh nk kongsi resepi daging masak hitam ni.. :)





200 kalori

bahan-bahan

daging kambing 

minyak zaitun

bawang putih 
bawang merah
rempah kari daging
buah pelaga
jintan manis
kicap manis
sos tiram
garam

cara memasak

panasakan kuali dan minyak zaitun.. tumiskan bawang bersama buah pelaga dan jintan manis.. tumis sampai naik bau.. serbuk kari daging.. masukkan sedikit air. air jangan banyak sgt jika suka kuah banyak letak la lebih.. masukkan sos tiram dan kicap manis serta garam.. biarkan daging masak.. dah siap dihidang....  so total kalori 200 kalau campur nasi putih segemgam dalam 150 kalori.. 

jadi total makan bersama nasi 350 kalori.. 

kalau joging petang dah lepas dah nak bakar ni.. :)
xoxo: senang jerr.. :)





No comments:

Post a Comment

Search This Blog